Monday, April 28, 2008

penyeri hidupku


Keterbatasan masa membuatkan blog ini tinggal sepi.sedikit masa ini membuat jari menitipkan coretan di blog ini.terbaca coretan ibu-ibu muda tentang kesukaran untuk menimang cahaya mata.aku tergolong dalam golongan istimewa ini cuma bezanya sudah hampir 9 tahun istana cinta ku ini tidak diriuhkan dengan tangisan bayi comel.istana cintaku ini dimeriahkan dengan hiruk pikuk dua panglima komeng.sesungguhnya aku bersyukur dikurniakan dua orang putera yg sihat, bijak dan cerdas.cuma aku berharap aku dan suami dikurniakan seorang puteri untuk menyerikan lagi perjalanan cinta suci kami.

Sunday, April 6, 2008

Sufiah

Kita dikejutkan dengan berita tentang sufiah.Blogger, suratkhabar, berita mulut sibuk membicarakan isu ini.Tidak sampai rasa hati untuk menyiarkan gambar sufiah kerana terasa malu sendiri.Terkejut,sedih dan seribu macam perasaan.Jika kita berperasaan begitu apatah lagi perasaan keluarga sufiah.Peringatan untuk kita dalam mendidik generasi muda untuk tidak rapuh walau dimana mereka berada.Menunding jari meletakkan salah pada orang lain memang mudah tetapi perlu diingat bahawa kita dibekalkan dengan akal dan iman untuk menyaring setiap keputusan.Sama-sama kita fikirkan....

Thursday, April 3, 2008


Adakah senyuman yang kita pamirkan seindah dan seikhlas seperti ini?

Rare Photo



Gambar sekitar Air Terjun Niagara tahun 1912

Tuesday, April 1, 2008

Mahu cantik

Sapa taknak cantik!semua perempuan nak cantik.tapi cantik yang macam mana?wajah, personaliti atau ........subjektif pasal cantik ni.bergantung pada 'point of view' empunya diri.kalau aku mmmmmm nak cantik juga tapi biar cantik dimata dan cantik dihati.kucing tua aku yang nama comel pun cantik juga ahaksss

Parenting course

Aku selalu tertanya-tanya berjayakah aku menjaga amanah ALLAH sepanjang aku bergelar ibu?Adakah A+ setiap subjek menandakan aku berjaya.....Sesungguhnya anak adalah amanah dan harta yang tidak ternilai .Bagaimana kita mahu menjana amanah ini dengan sebaik mungkin.Terpandang aku edaran...

Kursus Keibubapaan: Menjana generasi soleh & solehah,
1 Mei 2008, Kolej Komuniti Hulu Selangor
019 2407220